Sunday, April 1, 2012

Kaedah Penyelesaian Masalah


Kaedah Penyelesaian Masalah
Sebagai manusia biasa dan hamba allah, kita menghadapi pelbagai masalah dan kita diuji dengan cabaran-cabaran yang tidak menentu kerana kehidupan dan persekitaran tidak membenarkan kita hidup sambil lewa dan leka dengan arus kemajuan. Kontra kepada masalah pula penyelesaian, setiap masalah ada penawarnya dan semua itu bergantung sama ada secara logik, agama, perasaan dan kreatif.

            
Terdapat 4 ciri penting yang menjadikan seseorang penyelesai masalah yang yang berkesan iaitu:-
·         Motivasi yang kuat
·         Trait yang positif
·         Jati diri
·         Membina kemahiran
            Terdapat 6 jenis masalah menurut Francis(1990) iaitu misteri,tugasan(assign ment), kesukaran, peluang, “puzzles”, dan dilemma.
Terdapat banyak kaedah dicipta untuk menyelesaikan masalah baik dari segi saintifik dan logik, kreatif, perasaan, dan secara islam,
Penyelesaian secara saintifik memperlihatkan 8 langkah yang disusun secara sistematik bagi membuatkan seseorang membuat keputusan secara lebih tersusun tanpa terdapat pengeliruan sepanjang proses penyelesaian masalah.
Penyelesaian secara kreatif pula adalah satu kaedah bebas yang merangkumi segala aspek dalam kehidupan.Antara faktor yang ditekankan adalah kita perlu memudahkan masalah itu,melihat jauh di sebalik apa yang ada di depan kita dan tidak menyoal semula andaian yang digunakan.
Seterusnya adalah penyelesaian masalah melalui perasaan. Penyelesaian ini berasaskan konsep kecerdasan EQ(Emotional Intelligence) yang menekankan kepintaran atau pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Selain itu,terdapat penyelesaian secara islam. Ia mempunyai 2 corak popular iaitu pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Ia saling melengkapi kerana kedu-duanya bertitik tolak daripada ajaran islam secara keseluruhannya. Penyelesaian masalah secara islam dianggap bersifat rasional dan intelektual manakala pendekatan sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual.
Apa yang dapat dirumus berkenaan kaedah penyelesaian masalah adalah ia bergantung kepada seseorang individu untuk menangani sesuatu masalah dengan apa kaedah sekalipun.  Dengan syarat ia tidak memudaratkan diri dan tidak memberi akibat buruk kepada orang lain. Masalah mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dan bukanlah sebagai batu loncatan untuk lari daripada kehidupan sebenar. Fikir-fikirkanlah! :)

Here the perfect anti stress


Nasuha Mahidan 206788

No comments:

Post a Comment