Kaedah
Penyelesaian Masalah
Sebagai
manusia biasa dan hamba allah, kita menghadapi pelbagai masalah dan kita diuji
dengan cabaran-cabaran yang tidak menentu kerana kehidupan dan persekitaran
tidak membenarkan kita hidup sambil lewa dan leka dengan arus kemajuan. Kontra
kepada masalah pula penyelesaian, setiap masalah ada penawarnya dan semua itu
bergantung sama ada secara logik, agama, perasaan dan kreatif.
Terdapat 4 ciri penting yang
menjadikan seseorang penyelesai masalah yang yang berkesan iaitu:-
·
Motivasi yang kuat
·
Trait yang positif
·
Jati diri
·
Membina kemahiran
Terdapat 6 jenis masalah menurut Francis(1990)
iaitu misteri,tugasan(assign ment), kesukaran, peluang, “puzzles”, dan dilemma.
Terdapat
banyak kaedah dicipta untuk menyelesaikan masalah baik dari segi saintifik dan logik,
kreatif, perasaan, dan secara islam,
Penyelesaian
secara saintifik memperlihatkan 8 langkah yang disusun secara sistematik bagi membuatkan
seseorang membuat keputusan secara lebih tersusun tanpa terdapat pengeliruan
sepanjang proses penyelesaian masalah.
Penyelesaian
secara kreatif pula adalah satu kaedah bebas yang merangkumi segala aspek dalam
kehidupan.Antara faktor yang ditekankan adalah kita perlu memudahkan masalah
itu,melihat jauh di sebalik apa yang ada di depan kita dan tidak menyoal semula
andaian yang digunakan.
Seterusnya
adalah penyelesaian masalah melalui perasaan. Penyelesaian ini berasaskan
konsep kecerdasan EQ(Emotional Intelligence) yang menekankan kepintaran atau
pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan ciri sahsiah seseorang
dalam menghadapi sesuatu situasi.
Selain
itu,terdapat penyelesaian secara islam. Ia mempunyai 2 corak popular iaitu
pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Ia saling melengkapi kerana kedu-duanya
bertitik tolak daripada ajaran islam secara keseluruhannya. Penyelesaian
masalah secara islam dianggap bersifat rasional dan intelektual manakala pendekatan
sufi pula dianggap bersifat moral dan spiritual.
Apa
yang dapat dirumus berkenaan kaedah penyelesaian masalah adalah ia bergantung
kepada seseorang individu untuk menangani sesuatu masalah dengan apa kaedah
sekalipun. Dengan syarat ia tidak
memudaratkan diri dan tidak memberi akibat buruk kepada orang lain. Masalah
mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri dan bukanlah sebagai batu loncatan
untuk lari daripada kehidupan sebenar. Fikir-fikirkanlah! :)
Here the perfect anti stress
Nasuha Mahidan 206788



